GLAMPING @ WETLAND PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Sejak dibuka kepada pengunjung hujung tahun lalu, Glamping@ Wetland Putrajaya (GL@W) yang terletak di Taman Wetland Presint 13, Putrajaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Bermula dengan 10 unit glamping yang menjanjikan perkhemahan glamor, kini ia ditambah 10 unit lagi yang mampu memuatkan seramai 80 orang pada satu-satu masa.

Menurut Pengasas GL@W, Mohd Nor Arif Mohd Azmi, 36, pertambahan khemah tersebut dapat menampung pengunjung yang semakin teruja untuk menginap dan merasai suasana bermalam dalam khemah mewah.

“Kalau sebelum ini kita hanya mampu memuatkan 30 orang dewasa sahaja. Untuk akan datang kita akan lihat kepada permintaan. Mungkin kita akan menambah lagi bilangan khemah,” ujarnya kepada Wilayahku.

Tambahnya lagi, pengunjung teruja kerana glamping merupakan satu-satunya trend pelancongan terkini yang menjanjikan pengalaman menakjubkan setanding penginapan hotel lima bintang.

“Setiap khemah dilengkapi permaidani, kipas, pendingin hawa, ‘hammock’, tilam yang empuk serta penapis udara buat keselesaan pengunjung yang datang menginap.

“Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah antaranya ATV ride yang beroperasi sepenuhnya pada 10 Februari lalu,” ujarnya sambil menambah pengunjung berpeluang mengelilingi Taman Wetland yang hanya memakan masa selama satu jam setiap pusingan.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, sempena bulan Ramadan, pihaknya turut menawarkan bufet Ramadan eksklusif untuk memenuhi selera pengunjung yang menginap ataupun hadir untuk berbuka puasa di GL@W. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Antara aktiviti yang terdapat di Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W)

Sumber:

FB WILAYAHKU https://www.facebook.com/wilayahku.com.my

FB Glow Putrajaya https://www.facebook.com/glampingwetlandputrajaya/?ref=page_internal

 

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …