TRANSFORMASI PUSAT TONG SEBAGAI DESTINASI PENYATUAN MASYARAKAT KAMPONG BHARU

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2022: Pelancaran Grand ISIT telah disempurnakan hari ini oleh Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan. Turut hadir adalah Pengurus DBKL Cawangan Titiwangsa, Pengurus Alam Flora Sdn Bhd Wilayah Persekutuan dan penduduk Kampong Bharu.

Lokasi ini pada asalnya dipenuhi semak samun dan sering menjadi tumpuan pembuangan sampah haram. Keadaan ini telah merencatkan permandangan keindahan kawasan Kampong Bharu. Dengan kreativiti yang ada, keadaan tersebut telah ditransformasikan menjadi lokasi riadah bagi kegunaan semua golongan.

Barangan terpakai diberi nafas baru apabila satu pusat tong dinaiktaraf dengan mengolah barangan kitar semula untuk kemudahan penduduk sekitar Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Kereta mainan yang rosak akibat musibah banjir yang melanda Kuala Lumpur tempoh hari juga dibersihkan dan dijadikan tempat mainan kanak-kanak. Puan Ummi juga mampu meneka kereta mainan ini merupakan sisa banjir dari sekitar Tiong Nam yang dilupuskan oleh pengusaha kerana tidak dapat dibaiki. Ia telah diselamatkan dari dihantar ke tapak pelupusan dan digunakan semula dalam projek Grand ISIT kali ini.

Taman ini turut dilengkapi dengan laluan refleksiologi, kebun herba serta ruang kanak-kanak. Segmen pendidikan juga diselitkan bagi memudahkan pengunjung yang beriadah.

Projek yang dijalankan oleh Alam Flora Sdn Bhd turut mendapat kerjasama daripada SWCorp, DBKL dan komuniti Kampong Bharu. Semoga dengan kewujudan taman ini, penduduk sekitar boleh manfaatkan dengan sebaiknya.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …