??????? ???: ??? ????? ??????????? ?????????? ??? ??? ?????? ??? ??? ???

KUALA LUMPUR, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyempurnakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang (PPT) peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia Tahun 2022 yang bertemakan β€œMemperkasa Legasi Keluarga Perkhidmatan Awam Cemerlang” bertempat di Grand Ballroom Hotel InterContinental, Kuala Lumpur pada 13 April 2022.

Majlis ini turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, melibatkan 381 penerima APC dan PPT yang terdiri daripada 291 kakitangan awam, 45 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 45 orang pesara awam (penerima PPT) yang bertugas di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera sekitar Lembah Klang.

Manakala penyampaian APC dan PPT kepada penerima selebihnya akan dilaksanakan oleh Bahagian dan Jabatan masing-masing secara berperingkat.

Bagi menghargai sumbangan dan penghargaan kepada warganya, Kementerian Pertahanan dan ATM telah menganugerahkan APC bagi tahun 2021 kepada 864 kakitangan awam, 9,401 anggota ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara) dan 172 orang pesara awam menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 10,437 orang.

Kemua penerima APC menerima sijil dan hadiah prestasi wang tunai berjumlah RM1,000.00, sementara pesara awam pula telah menerima Sijil Penghargaan serta hadiah persaraan wang tunai berjumlah RM400.00 serta tambahan pingat PPT kepada mereka yang bersara wajib.

Pada majlis itu juga, Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM400.00 dari Pusat Zakat dan Pejabat Menteri Kanan Pertahanan kepada 150 orang asnaf dari kalangan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Keutamaan sumbangan zakat ini adalah kepada penerima-penerima yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan mualaf.

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

#ATMSentiasaBersepadu

Sumber: FB Angkatan Tentera MalaysiaΒ https://www.facebook.com/pagemkatm

Β 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …