PTPTN: REBUT PELUANG INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN SEHINGGA 15% BERAKHIR 30 APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta supaya merebut peluang insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang berakhir 30 April ini.

PTPTN dalam kenyataan pada 7 April 2022 berkata, berdasarkan rekod bagi 1 November 2021 sehingga 28 Februari 2022 lalu, seramai 367,433 peminjam telah menikmati insentif ini melibatkan jumlah bayaran balik yang diterima sebanyak RM755.28 juta dengan jumlah diskaun yang diberikan sebanyak RM112.4 juta.

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

? Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
? Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
? Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

Bagi sebarang maklumat lanjut sila hubungi pihak PTPTN melalui lima (5) saluran berikut :
?: 03-2193 3000 (Careline)
?: www.ptptn.gov.my (Live Chat)
?: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (Media Sosial)

 

Sumber:

Laman Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …