PASAR AWAM TUMPUAN DI SEBERANG PERAI SELATAN DIPERIKSA KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah memperkasakan aktiviti Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik), Ops Pantau 2022, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak, Pemeriksaan Telur Ayam pada 10 April 2022 di Seberang Perai Selatan dengan memfokuskan premis-premis di sekitar pasar awam yang menjadi tumpuan orang ramai.

Sebanyak 42 buah premis di Pasar Awam Sungai Bakap telah diperiksa oleh lima (5) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang, manakala 22 buah premis di Pasar Awam Tambun Indah turut diperiksa membabitkan empat (4) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …