493 PELATIH KONSTABEL LELAKI SIRI 4/2021 PULAPOL AIR HITAM TAMAT LATIHAN PLAK

   

Seramai 493 pelatih Konstabel Lelaki Siri 4/2021 berjaya menamatkan latihan mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Bandar Sri Jempol disini.

Kejayaan mereka telah diraikan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan yang turut menyampaikan Sijil Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel di dataran kawad PULAPOL Air Hitam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din, Pemangku Komandan PULAPOL, DSP Nor Mohd Azahar Mat Zin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Muhammad Izzudin Runggai, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook dan barisan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selamat datang dalam keluarga PDRM dan sentiasa berkhidmat dengan penuh berintegriti, berdedikasi serta profesional untuk memastikan Polis Diraja Malaysia kekal relevan dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

   

Sumber : FB Jabatan Pengurusan PDRM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut