SEMBUNYI 200 GUNI MERCUN BOLA DALAM KEBUN GETAH

 

PASIR MAS – Polis merampas 200 guni berisi mercun bola yang disembunyikan dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjal di sini pada Sabtu.

Rampasan mercun itu dilakukan semasa anggota dari Balai Bakong membuat rondaan bermotosikal di kawasan terbabit.

Kesemua guni-guni itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bakong untuk pemeriksaan lanjut selepas menunggu selama 30 minit dan tidak ada individu yang datang membuat tuntutan.

Pemeriksaan lanjut ke atas guni-guni itu membawa kepada penemuan mercun bola yang dianggarkan berjumlah RM3,000.

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …