POLIS RAMPAS MERCUN RM20,000 DITINGGALKAN DALAM KERETA

 

PASIR MAS – Polis merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM20,000 daripada sebuah kereta Toyota Camry yang ditinggalkan pemandunya dekat Kampung Chica Tinggi, di sini jam 10 pagi Sabtu.

Walau bagaimanapun pemandu kereta yang diekori anggota unit kereta peronda (MPV) berjaya meloloskan diri ke dalam semak berdekatan sebaik memberhentikan kereta di tepi jalan.

Pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan menemukan ada 13 kotak besar berwarna coklat mengandungi pelbagai jenis mercun.

Antara mercun yang dirampas ialah ‘Rich Flower, Thunder K, Gettering Thunder K’ dan pelbagai lagi yang bernilai RM20,000,” katanya yang percaya akan ada banyak lagi cubaan menyeludup mercun menjelang perayaan Aidilfitri.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …