PEMUDA DITAHAN, PGA RAMPAS MERCUN

 

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang pemuda dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai hampir RM6,000 selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Peringat di sini, sekitar jam 1 pagi, pada Sabtu.

Hasil soal siasat yang dijalankan ke atas individu berkenaan membawa PGA kepada pemeriksaan sebuah premis perniagaan iaitu kedai runcit bersebelahan rumah suspek.

Pasukan serbuan menjumpai pelbagai jenis mercun disembunyikan di bahagian belakang premis tersebut dengan anggaran nilai pasaran berjumlah RM1,306.

Pemeriksaan PGA menjumpai pelbagai jenis mercun disembunyikan di dalam premis berkenaan dengan anggaran nilai pasaran RM 4,422.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk telefon bimbit dianggarkan bernilai RM 6,728.

Artikel/Berita Terkini

KEMURUNGAN DIGITAL MEMPENGARUHI KEHIDUPAN

Kemurungan digital atau digital depression kini menjadi isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja dan dewasa muda …

PANDUAN MENGGUNAKAN PERSIMPANGAN BULATAN DENGAN BETUL

Persimpangan bulatan direka untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan. Namun, keselamatan hanya dapat dicapai apabila setiap pengguna jalan …