TANGKAPAN KES CURI: IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 6 April 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya telah menahan dua orang lelaki berusia 30-an dan 50-an oleh kerana disyaki terlibat dengan kes curi di kilang Sunlite Electronic (M) Sdn. Bhd dua hari lepas.

Hasil daripada risikan dan pemeriksaan, Polis Barat Daya berjaya mengesan dan menangkap kedua-dua suspek (penganggur) di sekitar Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut berjaya menemui barang-barang pertukangan yang disyaki dicuri di kilang terbabit. Sebuah kereta yang digunakan semasa melakukan kegiatan jenayah itu turut dirampas. Kes disiasat di bawah Sek 379 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut