SEMPADAN NEGARA TERUS DIPERKASA

Lebih dua tahun sempadan negara ditutup akibat daripada pandemik yang melanda dunia. Akhirnya, Malaysia akan mula membuka sempadan negara ini bermula 1 April selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah pada 31 Mac yang lalu telah mengadakan Majlis Perasmian Pemerkasaan Penugasan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Malaysia – Thailand bertempat di Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam.

Hadir merasmikan majlis, Ketua Polis Kedah, YDH CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad dalam ucapannya berkata, Ops Khas Sempadan yang menggabungkan unit-unit khas seperti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Sekatan Jalan Raya (SJR) akan ditubuhkan. Pasukan Khas yang akan ditubuhkan ini akan menggunakan keanggotaan dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan juga Balai Polis Changloon bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sentiasa bersiap sedia mengawal sempadan negara.

Tujuan pasukan ini ditubuhkan adalah bagi memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia, keganasan dan lain-lain jenayah dapat dikekang sebaik mungkin.

Tambah beliau, PDRM Kontinjen Kedah dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain telah bersedia sepenuhnya dalam mengawal keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.

https://www.facebook.com/mknnegerikedah

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut