PUSAT DERMA DARAH HTJS BEROPERASI WAKTU MALAM PADA 8 APRIL 2022 INI

Pusat Derma Darah HTJS akan beroperasi dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam pada 8 April 2022 (Jumaat) ini.

Kami mengharapkan kedatangan anda untuk menambahkan stok darah kami. Semakin hari semakin kurang stok darah dalam simpanan kerana saban hari banyak pesakit memerlukan transfusi darah bagi menyelamatkan nyawa mereka. Penambahan stok juga ditahap yang minimum kerana semakin kurang penderma yang hadir menderma sejak Ramadhan bermula.

Tidak lama lagi Aidilfitri akan menjelma sebaik sahaja Hari Pekerja pada 1 Mei 2022. 5 hari cuti back-to-back (Sabtu-Rabu) tetapi keperluan darah tidak akan terhenti kerana cuti. Malah, keperluan darah akan bertambah akibat kejadian yang tidak diingini (cth kemalangan) semasa orang sedang berpusu-pusu hendak menyambut Lebaran di kampung atau bercuti di tempat lain.

Masa yang diambil untuk menderma tidaklah lama, tetapi dermaan anda amatlah berharga. Satu pek darah anda mampu menyelamatkan tiga nyawa.

Sesi malam ini dibuka terutamanya untuk anda, wira dan wirawati yang berpuasa dan tidak sempat untuk datang sebelum jam 9.00 pagi pada hari bekerja. Kami menggalakkan anda untuk berbuka puasa dengan makanan berat sebelum datang ke pusat kami.

Bagi yang bukan beragama Islam, anda boleh datang bermula jam 6.30 petang. Pusat kami telah dibuka untuk anda menderma.

Sumber : FB Negeriblood Donors

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …