POLIS KELANTAN WUJUD PASUKAN KHAS PANTAU JUALAN MERCUN

 

KOTA BHARU – Polis Kelantan mewujudkan pasukan khas memantau aktiviti penjualan mercun dan bunga api di seluruh negeri khususnya di kawasan bazar Ramadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pemantauan itu bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dengan menjual mercun dan bunga api yang mendapat kelulusan dari pihak kerajaan sahaja.

Sekiranya ada peniaga yang melanggar peraturan tersebut, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan yang sedia ada termasuklah bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Seramai 19 pegawai dari Kontinjen Kelantan telah dianugerahkan kenaikan pangkat pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial turut digerakkan untuk membuat pemantauan berkait dengan penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian yang menyalahi undang-undang.

Pasukan khas tersebut juga akan melakukan pemerhatian di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan mercun dan bunga api dari negara jiran lolos ke negara ini.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut