PENGELUARAN KHAS KWSP BOLEH DISEMAK MULAI 9 APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Semakan status permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ boleh dilakukan bermula 9 April ini.

KWSP dalam satu hantaran berkata, semakan status permohonan pengeluaran khas KWSP itu hanya boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sahaja.

Serentak itu, KWSP turut memaklumkan bahawa pemohon tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kiosk dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut.

Permohonan pengeluaran khas KWSP mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini. Pengeluaran khas ini adalah bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Sumber:

Laman Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …