KELANTAN TAWAR BANTUAN BAIK PULIH BECA SECARA PERCUMA

 

KOTA BHARU – Perkhidmatan beca yang sinonim dengan identiti bandar raya ini diharap terus kekal sebagai antara kaedah pengangkutan selain menjadi tarikan produk pelancongan, kata Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Beliau berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri menggalakkan golongan belia untuk terlibat sebagai penarik beca sekali gus mengekalkan perkhidmatan pengangkutan tradisional tersebut.

Kami mahu golongan muda terlibat kerana tidak mahu perkhidmatan kenderaan tradisional ini pupus di Kelantan. Golongan muda boleh membuat inovasi terhadap beca seperti menggunakan kuasa bateri pada kenderaan itu berbanding mengayuhnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Sara Hidup kepada 17 penarik beca berdaftar di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan di sini pada Isnin.

Bagi menggalakkan penyertaan golongan muda, kerajaan negeri bersedia menawarkan bantuan baik pulih beca secara percuma kepada mereka yang ingin berkhidmat sebagai penarik beca.

“Kita tidak menafikan, pekerjaan sebagai penarik beca adalah pilihan terakhir golongan belia di Kelantan, namun kita tidak mahu kenderaan lama ini pupus dan sekali gus mengorbankan satu daripada produk pelancongan negeri,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut