FASA ENDEMIK : RAKYAT KELANTAN DISERU REBUT PELUANG IMARAHKAN MASJID

 

KOTA BHARU – Umat Islam di Kelantan diseru memanfaatkan fasa peralihan endemik dengan mengimarahkan masjid dan surau untuk bertadarus, qiam dan beriktikaf sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar, Ahmad Yakob berkata, pembukaan semula Madinah Ramadan di tengah bandar Kota Bharu juga dijangka menghidupkan kembali suasana bulan puasa yang menjadi sinonim dengan Kota Bharu Bandaraya Islam.

Katanya, peralihan ini juga membuka lebih luas aktiviti ekonomi buat rakyat untuk mencari rezeki dan diharap setiap rakyat Kelantan sentiasa mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan.

“Saya menyeru agar kita semua meriahkan rumah-rumah ALLAH SWT dengan solat berjemaah dan solat sunat tarawih. Banyakkan tadabbur dan membaca al-Quran serta bersedekah,” katanya menerusi kenyataan perutusan khas Ramadan pada Sabtu.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …