FASA PERALIHAN KE ENDEMIK: KEPRIHATINAN KERAJAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Menerusi Fasa Peralihan ke Endemik, Malaysia beralih dari segi pengurusan pandemik COVID-19 iaitu daripada banyak bergantung kepada intervensi kerajaan kepada pemerkasaan individu, keluarga dan komuniti.

Sehubungan itu, Kerajaan telah membentuk satu (1) Prosedur Operasi Standard (SOP) sahaja, yang merupakan SOP yang dipermudahkan dari 181 SOP Pelan Pemulihan Negara dan ianya di sokong oleh sembila (9) Garis Panduan. SOP ini berperanan untuk mempermudahkan pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik dan juga sebagai panduan kepada rakyat untuk kekal menjalankan pelbagai aktiviti dengan selamat.

Disamping itu, Kerajaan akan terus memberi perlindungan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat melalui:

  • Memastikan perlindungan berterusan dengan meneruskan PICK
  • Mengawal penyebaran kes dengan memastikan FTTIS terus berjalan
  • Pemantauan kes-kes COVID-19 secara digital dengan pelaksanaan MySejahtera dan CAC maya
  • Memantapkan perawatan dengan membeli ubatan COVID-19.
  • Memastikan sistem kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga menghadapi apa-apa kemungkinan.

Kerajaan akan terus menjalankan tanggungjawab, melalui pemantauan walaupun aktiviti penguatkuasaan dikurangkan. #ReopeningSafely

Sumber:

Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut