PROJEK STRUKTUR TEBING POHON CELAGI 87 PERATUS SIAP

 

PASIR MAS – Projek pelaksanaan segera menangani bencana runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi yang bermula pada 4 Ogos 2021 sudah pun mencapai status 87 peratus siap pada minggu ke-33, kemas kini pada 3 April lalu.
Projek bernilai RM45 juta yang dijangka siap pada 3 Mei 2022 itu diluluskan Kerajaan melalui Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) melibatkan kerja-kerja melibat pemasangan struktur penstabilan tebing sungai menggunakan lapisan batu dan pengerukan sungai.
Manakala proses pembinaan semula melibatkan benteng banjir (flood wall), rumah pam dan sistem saliran, longkang serta jalan perhubungan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari berterima kasih kepada pihak KASA dan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kelantan atas kecekapan pelaksanaan projek yang berfungsi untuk mengelak runtuhan tebing, mengatasi bencana sungai dan banjir demi manfaat rakyat tempatan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …