SAGUHATI NUR RAMADAN ZAKAT PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan mengagihkan sejumlah RM4,549,780 kepada 14,744 golongan asnaf di bawah kategori fakir dan miskin melalui Saguhati Nur Ramadan. Setiap tahun pada Ramadan, ZPP dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengagihkan zakat tambahan kepada asnaf fakir dan miskin yang juga merupakan penerima bantuan bulanan di ZPP.

Penerima Saguhati Nur Ramadan akan menerima wang tunai dan juga hamper keperluan makanan. Agihan zakat tersebut diharap dapat meringankan beban golongan sasaran ketika menyambut Ramadan.

ZPP turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para pembayar zakar kerana melaksakan tanggungjawab menunaikan zakat. ZPP juga berharap agar lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu ZPP meneruskan agenda penting membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang.

Sumber:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …