TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang didapati memandu lorong paling kanan sehingga mengundang kemalangan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, pihaknya mendapati kadar kesalahan membabitkan kenderaan berat terbabit yang memandu secara berterusan di lorong paling kanan ditahap yang membimbangkan. Berdasarkan rekod, sepanjang tahun lalu, sebanyak 800 kes kesalahan membabitkan KPB (534 kes) dan KPA (264 kes) yang telah diambil tindakan. Sehingga April lalu, sebanyak 220 kes iaitu KPB sebanyak 111 dan KPA sebanyak 96 kes yang kita telah ambil tindakan.

Berdasarkan kes ini, ia amat membimbangkan, justeru mulai hari ini, JPJ akan tingkatkan lagi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memfokuskan kepada kenderaan perdagangan yang memandu secara berterusan di lorong paling kanan.

Apabila kenderaan berat terbabit berada di lorong paling kanan menunjukkan kenderaan itu dipandu laju melebihi daripada had laju ditetapkan iaitu 80/90-kilometer (km) perjam. Ada bukti menunjukkan mereka memandu melebihi 100km perjam, jadi ia nampak memang membimbangkan. Ini antara kesan kemalangan sering berlaku membabitkan kenderaan berat kerana dipandu laju di lorong paling kanan.

Berdasarkan Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, larangan terhadap kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan boleh dikompaun maksima RM300. Jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam builan dan bagi sabitan kedua didenda RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

JPJ akan melaksanakan Operasi Khas Aidiladha bermula 4 hingga 10 Jun ini. Dalam operasi berkenaan, JPJ akan memfokuskan kepada sembilan kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, guna telefon bimbit. Selain itu, tidak memakai tali pinggang/topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan membawa lebih muatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …