WP LabuanΒ – Seramai 6 orang peserta telah mengikuti Penilaian APBN 2022 peringkat W.P. Labuan bertempat di Kompleks Sukan Labuan bagi Kategori Individu (Lelaki & Wanita).
Bagi kategori Pertubuhan, penilaian telah dilaksanakan lebih awal pada 26 Mac 2022 di Wisma Perbadanan Labuan melibatkan 2 persatuan yang berjaya ke peringkat akhir.
Panel penilai terdiri daripada juri yang berpengalaman dari Universiti Malaysia Sabah, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Penerangan, Giatmara dan Mantan Presiden Majlis Belia Labuan.
Para pemenang akan mewakili Labuan ke penilaian APBN peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan April 2022.
Sumber: Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan