KESELAMATAN MAKANAN: KILANG SOYA TERIMA TIGA NOTIS BERJUMLAH RM12,000

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Satu serbuan Op Tegar telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) pada 2 Mac 2022 di  sebuah kilang di Jalan Batu Lanchang. Hasil serbuan mendapati air soya di kilang tersebut diproses di depan tandas.

Selain itu, serbuan turut mendapati kawasan persekitaran lokasi pemprosesan soya juga berbau hancing dan tambah menjijikkan apabila tikus dan lipas berkeliaran di sekitar kilang terbabit ketika pemeriksaan dijalankan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan mendapati perkakasan yang kotor, tidak digunakan serta tidak disimpan dipercayai menyebabkan kehadiran tikus dan lipas.

Kilang soya yang sudah beroperasi selama kira-kira 10 tahun itu dikenakan tindakan penutupan premis sehingga 16 April mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Kilang itu menerima tiga notis dengan jumlah keseluruhan RM12,000.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …