SINDIKET PROSES DAN JUAL AIR DAUN KETUM DI PULAU PINANG TUMPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMTAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

PDRM Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum melalui serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas pada 1 April 2022 lalu. Melalui serbuan tersebut, PDRM telah melakukan penahanan empat (4) lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan 75 kilogram (kg) daun ketum.

Empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun itu ditahan susulan maklumat risikan dan risikan oleh Polis Daerah Barat Daya. Dalam serbuan itu, polis menemui 120 bungkus air ketum yang siap diproses di dalam kereta di parkir hadapan rumah, manakala pemeriksaan di dalam rumah menemukan tiga tong ais di dalamnya mengandungi 300 bungkusan air ketum siap diproses, semuanya bernilai RM2,100.

Polis turut merampas 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 75 kg bernilai RM3,000 dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum. Siasatan awal mendapati suspek menjual air ketum itu di sekitar Bayan Lepas dengan harga RM5 dan sindiket itu mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran.

Empat lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

 

Sumber:

Bernama

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut