OPERASI BERSEPADU AGENSI-AGENSI KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN SEMPENA PEMBUKAAN SEMPADAN ANTARABANGSA NEGARA

 

   

    

PORT DICKSON, 1 April 2022 – Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka semula sempadan Negara sebagai langkah awal memasuki “Fasa Peralihan Ke Endemik” COVID-19 mulai 1 April 2022, Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN), Negeri Sembilan melalui Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan telah merancang, menyelaras dan melaksanakan satu (1) bentuk Operasi Bersepadu melibatkan sembilan (9) agensi keselamatan di Negeri Sembilan termasuk PDRM, MKN, ATM, JIM, Kastam, APMM, JPN, RELA dan PKD mengguna pakai Arahan No. 4: Majlis Keselamatan Negara – Pengurusan Keselamatan Sempadan Darat Negara.

          

Objektif utama Operasi Bersepadu ini yang tertumpu di sekitar kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan adalah sebagai langkah strategik kesiapsiagaan dan “omnipresence” serta show off strength agensi-agensi keselamatan di Negeri Sembilan bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan atau jenayah rentas sempadan sempena pembukaan sempadan antarabangsa. Operasi ini juga dijalankan bagi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan (contraband) di sempadan perairan negara dan darat khususnya di sekitar perairan Port Dickson.

   

   

Operasi bersepadu yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung selama 21 jam melibatkan kekuatan seramai 256 anggota pasukan keselamatan di Negeri Sembilan dengan diketuai oleh Komander Operasi, Supt Ruslan bin Che Kar, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan. 2 Sekatan Jalan Raya (SJR) dibuka dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan pelbagai aset agensi milik agensi-agensi keselamatan di Negeri ini telah digerakkan merangkumi 4 buah bot, 9 buah lori, 5 MPV, 8 Pacuan 4 Roda dan 10 buah kereta telah digerakkan bagi menjayakan operasi bersepadu ini.

   

   

Hasil operasi bersepadu ini, 256 orang warga asing di sekitar Port Dickson telah diperiksa dan menahan 18 orang warganegara Filipina, 17 orang warganegara Indonesia termasuk 2 kanak-kanak dan 5 orang warganegara Myanmar di bawah Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

   

   

Manakala bagi jenayah penyeludupan barang (contraband), sejumlah 1,373 paket bersamaan dengan 25,332 batang rokok Putih dan Kretek pelbagai jenama yang disyaki sebagai barang larangan Kastam di bawah Akta Kastam 1967 di dalam sebuah kenderaan berjenama Proton Iswara dirampas. Dianggarkan jumlah rampasan adalah sebanyak RM2,460.48 yang melibatkan duti/cukai sebanyak RM16,965.17.

Operasi Bersepadu seumpama ini merangkumi kesemua 9 Nilai Teras Keselamatan Negara yang termaktub di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang memberi penekanan kepada konsep Keselamatan Menyeluruh yang bertunjangkan kolaborasi strategik, perkongsian maklumat, risikan, aset dan kepakaran semua agensi keselamatan dan penguatkuasa melalui special task force yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan dan dipantau oleh Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN), Negeri Sembilan.

   

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut