MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA – PROJEK KHIDMAT KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Pulau Pinang, 4 April 2022 – YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Kerusi Roda – Projek Khidmat Komuniti anjuran Lions Club of Penang Light bertempat di Hotel Jen, George Town, Pulau Pinang pada 2 April 2022.

Sebanyak 12 buah kerusi roda jenis “premium lightweight” disumbangkan oleh Lions Club of Penang Light kepada para penerima yang telah dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Kebajikan Ci Ai Pulau Pinang dan rekomendasi Lions Club.

YBhg. Datuk Bandar dalam ucapan beliau memuji pihak Lions Club of Penang Light yang sentiasa prihatin membantu golongan kurang bernasib baik. YBhg. Datuk Bandar juga menekankan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang sentiasa menitikberatkan kepentingan kemudahan mobiliti dan keterangkuman kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menaiktaraf kemudahan prasarana rekabentuk sejagat di ruang awam. Ini termasuklah syarat pematuhan kepada semua pembangunan-pembangunan baru yang mesra OKU seperti tanjakan akses (access ramp) di pintu masuk dan keluar.

Sumber:

Laman FB Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut