SELAMAT DATANG KE LTAPP: PESAWAT ANTARABANGSA PERTAMA DARI SINGAPURA PADA 1 APRIL 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Penerbangan Scoot Tiger Air dari Singapura menjadi pesawat antarabangsa pertama yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini selepas pintu sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022.

Pesawat Scoot Tiger Air bernombor TR498 yang membawa 172 penumpang itu selamat mendarat di hangar sebelum menjalani semburan air (water cannon) sebagai simbolik pesawat pertama yang tiba di negeri ini. Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, pesawat Scoot Tigerair itu merupakan salah satu daripada sembilan penerbangan antarabangsa yang akan tiba di Pulau Pinang, pada hari ini.

Menurutnya, sembilan penerbangan itu melibatkan lapan daripada Singapura dan satu daripada Ho Chi Minh dengan jumlah keseluruhan penumpang lebih 1,000 orang.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut