BUAT LAPORAN POLIS PALSU: WARGA ASING DITAHAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

??????????, 1 APRIL 2022 – Polis telah menahan seorang lelaki Rohingya yang bekerja sebagai tukang sapu kerana membuat laporan polis palsu mendakwa disamun semasa sedang berjalan kaki di kawasan jejantas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Lelaki Rohingya yang berumur 30-an ini telah membuat laporan polis pada 29 Mac 2022 mendakwa telah disamun oleh dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis pada
28 Mac 2022 sewaktu sedang berjalan kaki di kawasan jejantas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

Siasatan Polis mendapati kejadian itu tidak berlaku dan tujuan laporan polis dibuat adalah bagi mendapatkan kad UNCHR yang baru kerana kad lama telah hilang serta tamat tempoh pada tahun 2021.

Lelaki Rohingya tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau dikenakan denda sehingga boleh sampai RM2,000 ataupun kedua-duanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat laporan palsu kerana ianya merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan dibawah peruntukkan undang-undang serta menyusahkan pihak Polis menjalankan siasatan yang sepatutnya diguna untuk kes-kes lain demi kepentingan masyarakat.

 

Sumber:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut