PROGRAM PRIHATIN RAKYAT BERSAMA ORANG ASLI BUKIT BANGKUNG, SEPANG

SEPANG – Berteraskan konsep “Keluarga Malaysia’ yang mengutamakan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, Program Prihatin Rakyat anjuran MKN Selangor bagi menyantuni penduduk  Kampung Orang Asli Bukit Bangkung telah berlangsung pada 3 November 2021 yang lalu.

Dalam program ini, seramai hampir 100 keluarga telah mendapat bantuan  bakul makanan  dan program  suntikan imunisasi COVID-19 dari rumah  ke rumah turut dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dengan kerjasama pelajar perubatan daripada Universiti Malaya.

MKN Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tok Batin dan JKKK Kampung Orang Asli Bukit Bangkung dan berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli  Selangor & Wilayah Persekutuan yang turut memberi sepenuh sokongan kerjasama sepanjang pelaksanaan program ini.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …