DYMM SULTAN IBRAHIM RASMI TERMINAL FERI DESARU COAST – BAKAL MEMACU SEKTOR PELANCONGAN DAN EKONOMI JOHOR TENGGARA

KOTA TINGGI, 1 APRIL 2022 – DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Terminal Feri Desaru Coast pada 31 Mac 2022, yang bakal memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi Johor Tenggara. Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. Terminal feri berkenaan yang dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), serta kemudahan maritim merupakan pintu masuk baharu antarabangsa Malaysia ke-16. Ia juga akan meningkatkan kesalinghubungan destinasi antarabangsa dari Singapura dan Batam serta Bintan Kepulauan Riau Indonesia. Kedatangan pelancong antarabangsa diyakini akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat yang kelak memberi manfaat kepada peniaga, usahawan dan juga pemain industri lain serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …