INISIATIF i-PULIH DIJAYAKAN AADK BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Barat Daya telah menganjurkan Program Seminar kerjaya, di bawah Inisiatif i-Pulih pada 31 Mac 2022 (Khamis) bertempat di Dewan AADK Daerah Barat Daya. Model i-Pulih merupakan salah satu platform inisiatif yang menyediakan program rawatan dan pemulihan merangkumi aspek biologi, psikologi, spiritual dan sosial yang sesuai dengan keperluan pemulihan seseorang itu. Penekanan diberikan untuk membimbing individu tersebut untuk keluar daripada masalah ketagihan serta menjadi insan yang berfungsi, produktif kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pengisian program disampaikan oleh Encik Mohamad Afif,Usahawan ikan Beta/Laga. Semoga program ini dapat memberikan kemahiran kepada semua klien yang hadir.

 

 

Sumber:

Laman Facebook AADK Barat Daya Penang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …