TANGKAPAN KES JUDI DI BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN NEGARA (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 31 Mac 2022 – Sepasukan Pegawai Kanan dan anggota dari JSJ D7 Bukit Aman telah membuat tangkapan ke atas (4) lelaki berusia 30’an hingga lewat 40’an kerana disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram di kawasan Bayan Baru, Teluk Kumbar, Sungai Pinang dan Balik Pulau.
Hasil rampasan bagi (4) tangkapan ialah (3) telefon bimbit jenama NOKIA, (1) telefon bimbit jenama REALME, (1) telefon bimbit jenama WIKO, (4) mobile printer, (40) keping kertas putih tercatit angka-angka dan huruf disyaki judi loteri awam haram serta wang tunai disyaki hasil kutipan loteri awam haram sebanyak RM2,522.
Kes disiasat di bawah Sek 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sumber:

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …