SEMUA JENIS DADAH ADALAH MERBAHAYA

Apa jua jenis dadah digunakan samada dari asas tumbuhan atau kimia maka ia tetap memberi kesan yang memudaratkan. Kerana apa? Sebab ia telah disalahguna dan digunakan bukan untuk tujuan perubatan. Individu yang tidak sakit mengambil dadah maka ia akan ‘sakit’ dan menjadi ‘pesakit’ yang menghadapi masalah penagihan dadah. Perasaan ingin rasa seronok, berhibur, menghilangkan rasa bosan, tekanan, penat dan sebagainya boleh dilakukan secara semulajadi seperi melakukan aktiviti sihat, bergurau senda, lepak di mamak, beriadah, bersukan, aktiviti kesukarelawan, kerohanian serta pelbagai aktiviti lain. Ingat keseronokan dan rasa yang mereka inginkan dengan bergantung dengan dadah tidak akan berhenti mereka malah mereka akan mencarinya dan bereksperimen untuk merasa lebih ‘high’ dengan pelbagai jenis dadah yang berbeza dan hidup dalam dunia sendiri hingga segala yang berada di dunia realiti akan menjauhi dan hilang sikit demi sedikit.

#lebihbaikcegah Tingkatkan potensi melalui prestasi bukan risiko.

Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK. Kempen antidadah bersama Jabatan Penerangan Malaysia

Sumber: FB AADK

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …