RONDAAN, PEMANTAUAN, PENCEGAHAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 Pulau Pinang pada 27 Mac 2022 dan mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis. Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di kawasan perumahan dan komersial turut dijalankan di sekitar Batu Uban, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Jelutong, Jalan Sungai Pinang, Dato’ Keramat, Jalan Masjid Negeri, Mount Erskine, Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, Greenlane, Island Glades, Bukit Gambir, USM, Sg. Dua, Sg. Nibong dan Bayan Baru, dan mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …