PGA RAMPAS CECAIR VAPE SELUDUP RM50,000

 

KOTA BHARU – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas 500 botol cecair vape bernilai RM50,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah dalam serbuan berhampiran pangkalan haram Pulau Tengkorak, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 5 petang itu pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 33 dan 32 tahun bagi membantu siasatan berkait rampasan barangan tersebut.

“Semasa melakukan rondaan rutin di kawasan pangkalan haram itu, sepasukan anggota bertugas telah melihat sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Menurutnya, anggota bertugas kemudian membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua lelaki itu namun tidak menjumpai apa-apa barang salah.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas Mitsubishi Pajero itu telah menjumpai dua kotak berwarna coklat mengandungi sebanyak 500 botol cecair vape yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Azhari berkata, pacuan empat roda tersebut disita dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati penyeludup memunggah cecair tersebut dalam kuantiti sedikit bagi mengelakkan kerugian,” katanya.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …