APM PULAU PINANG: LEBIH BANYAK CDERT AKAN DIWUJUDKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang akan mewujudkan lebih banyak Pasukan Tindakbalas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) di negeri ini bagi memberi bantuan awal. Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA), Ishak Mohd Radzi berkata, CDERT yang dianggotai oleh penduduk setempat dilihat penting sebagai pasukan yang akan memberikan bantuan awal sebelum pasukan penyelamat tiba di kawasan bencana.

Menurutnya, anggota CDERT lebih arif dengan kawasan tempatan dan akan membantu melancarkan lagi usaha penyelamatan sekiranya berlaku kes kecemasan.

Pada ketika ini di Pulau Pinang terdapat 38 pasukan CDERT yang ditubuhkan dan APM Pulau Pinang berhasrat untuk memperbanyakan lagi kumpulan sukarelawan ini di setiap parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri pada masa akan datang. Melalui CDERT masyarakat secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada komuniti mengenai ilmu pengurusan bencana ketika kecemasan.

Dalam pada itu, MKN Pulau Pinang mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia Yang Ke-70” kepada seluruh warga kerja APM yang menyambutnya pada 24 Mac 2022.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut