JPJ PULAU PINANG: PENGUATKUASAAN KHAS KE ATAS KENDERAAN ‘PICK UP’ (4X4)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat Penguatkuasaan Khas ke atas kenderaan ‘pick up’ (4X4) di sekitar Daerah Seberang Perai, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang.
Penguatkuasaan khas berfokus ini diadakan selama empat (4) hari berturut-turut bermula 21 Mac sehingga 24 Mac 2022. Pelbagai kesalahan telah dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, gagal patuhi lampu isyarat merah, mengguna telefon bimbit semasa memandu, penggunaan cermin gelap tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan, nombor pendaftaran ‘fancy’, memasang ‘strobe light’ dan pengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran .
Pemandu dan pemilik kenderaan ‘pick up’ (4×4) dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang-undang serta sebarang pengubahsuaian kenderaan perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ.
Sumber: Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …