MUFTI PULAU PINANG TEGUR PENGGIAT SENI SUSULAN ADEGAN PANAS DRAMA PEREMPUAN ITU

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Sensitiviti Agama)

Mufti Pulau Pinang dalam satu kenyataan, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan pemaparan detik-detik kelemahan yang mana seseorang terpaksa ‘mengalah’ kepada nafsu syahwat adalah tidak perlu ditonjolkan di dalam sesebuah karya seni. Wan Salim berkata, seni sepatutnya berperanan mendidik masyarakat, membentuk pemikiran dan perasaan mereka ke arah pembinaan sahsiah yang terpuji dan boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat terutama generasi baharu. Tambah beliau, detik kekuatan insan yang memaparkan seseorang berjaya mengatasi desakan nafsu syahwatnya perlu dijadikan ‘fokus’ bagi karya seni yang sesuai dengan kemuliaan insan selaku khalifah Allah SWT di bumi. Ini adalah kerana seni berupaya memacu masyarakat ke arah kemajuan dan kebaikan, begitu juga sebaliknya mampu meruntun masyarakat ke jurang keburukan dan keruntuhan.

Sumber: Utusan Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …