DKN 2021-2025: NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 (KESELAMATAN RAKYAT)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

Perkembangan idea dan persekitaran keselamatan dunia menyaksikan perubahan daripada pendekatan keselamatan berpaksikan negara (state centric security) kepada pendekatan keselamatan berpaksikan insan (people centric security). Kesejahteraan, kebajikan dan hak-hak rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu dilindungi dan dijamin oleh Kerajaan.

Pada masa yang sama, hak-hak negara juga perlu didukung dan dipertahankan oleh rakyat dengan penuh semangat patriotic dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan kelangsungan negara. Aspek keselamatan insan ditadbir urus secara menyeluruh melalui pengurusan elemen-elemen berkenaan di pelbagai bidang yang merentas sektor dan hirarki pentadbiran serta struktur masyarakat.

Melalui tadbir urus keselamatan insan yang cekap kemakmuran yang dikecapi bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Malaysia, tetapi akan menyumbang kepada seluruh ketamadunan manusia.

 

Sesungguhnya, faktor keselamatan merupakan salah satu tonggak yang penting dan menjadi asas kepada kejayaan kita dalam mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …