10,000 BANDUAN DIJANGKA MENJALANI PROGRAM SISTEM PAROL, PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN DAN PROGRAM REINTEGRASI PENGHUNI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pemuliharaan Fabrik Sosial)

Seramai 10,000 banduan dijangka menjalani program Sistem Parol, Pelepasan Banduan Secara Lesen dan Program Reintegrasi Penghuni, dengan 80 peratus dianggar ditempatkan dalam industri, seterusnya mampu mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kerajaan akan terus memberi perhatian kepada golongan terbabit dengan jumlah banduan menjalani program Pemulihan Dalam Komuniti pada 2021, melebih 7,000 orang. Namun, kementerian akan turut komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus diutamakan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-232 di Ibu Pejabat Jabatan Penjara, di sini Kajang pada 22 Mac 2022.

Melalui program ini juga, kerajaan mampu menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun. Peluang diberikan untuk banduan berada dalam komuniti mendapati 99.63 peratus daripada mereka berjaya dan tidak lagi mengulangi kesilapan serta kembali semula ke penjara.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut