WARGA EMAS DITEMUI LEMAS DI BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang pada 20 Mac 2022. Mangsa dari Simpang Ampat di Nibong Tebal, Seberang Perai itu telah dijumpai nelayan berdekatan tiang 30 jambatan berkenaan kira-kira jam 11 pagi. Lelaki berkenaan sebelum itu dikatakan meninggalkan motosikal jenis Honda NF 100 di atas jambatan di Kilometer 4.0 arah Perai ke George Town, sebelum dipercayai terjun ke dalam laut. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima aduan orang awam berhubung penemuan mayat terapung dari arah pulau menghala ke Perai dan pihaknya telah menggerakkan sebuah Bot KILAT 26 ke lokasi dan tiba 20 minit kemudian.

Sumber: Astroawani

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …