PENGUKURAN PRESTASI RANGKAIAN JALUR LEBAR DI WP LABUAN

WP LABUAN – Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), YBhg. Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, telah turun padang untuk menjalankan pengukuran prestasi rangkaian jalur lebar menggunakan Nemo Walker Air di lokasi di sekitar Labuan, kelmarin.

Turut hadir sama ialah wakil dari syarikat telekomunikasi untuk menyaksikan sendiri tahap prestasi kelajuan muat turun jalur lebar yang telah dibekalkan oleh syarikat masing-masing. Beberapa kawasan dikesan mempunyai kelompongan dengan capaian Internet sangat rendah.

Pemeriksaan semula akan dibuat ke atas perkhidmatan syarikat pemberi perkhidmatan dan mereka diminta untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan. Sekiranya tidak ada perubahan dalam tempoh yang diberikan, tindakan tegas akan diambil oleh MCMC.

Sumber: MCMC

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …