PELAN PEMBANGUNAN PERIKANAN NEGARA (2021-2030)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti dan Kompetensi Nasional)

 Pelan pembangunan ini menerangkan inspirasi dan hala tuju setiap sub-sektor perikanan negara dengan memberi penekanan terhadap perancangan strategik dan penerapan teknologi baharu.

Pelan strategik ini penting bagi memastikan sektor perikanan terus menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan kumpulan sasar.

Terdapat tujuh (7) sasaran utama dalam Pelan Pembangunan Perikanan Negara (2021-2030) antaranya:

  1. Pembangunan Fisheries Management Plan (FMP);
  2. Pengenalan Kepada Musim Tertutup;
  3. Pelaksanaan Transformasi Vesel Zon B;
  4. Pelaksanaan Kajian Pengurusan Sumber;
  5. Penambahan Kawasan Perlindungan, Santuari dan Refugia;
  6. Penubuhan Konsortium Perikanan; dan
  7. Program Pemodenan Vesel.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan melaksanakan empat (4) hala tuju (way forward) bagi mencapai sasaran Pelan Pembangunan Perikanan Negara (2021-2030) seperti berikut:

  1. Perikanan laut dalam dan akuakultur bagi meningkatkan pengeluaran;
  2. Galakan usahasama pelaburan dari perikanan laut dalam mahupun akuakultur;
  3. Penerapan teknologi moden/ IR 4.0 / IOT; dan
  4. Memperkukuhkan infrastruktur logistik/ konsortium/ koperasi dan pembangunan kru tempatan serta sokongan kemudahan kewangan.

Sumber:

Laman Rasmi FB Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut