HANYA 10% KANAK-KANAK DI KELANTAN MENERIMA VAKSIN MENERUSI PROGRAM PICKids

 

KOTA BHARU : Hanya 25,800 atau 10 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di Kelantan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, angka itu masih rendah berikutan ramai ibu bapa tidak mahu anak mereka menerima vaksin.

Beliau berkata, sikap ibu bapa yang menolak vaksin Covid-19 untuk anak mereka itu sangat membimbangkan memandangkan sesi persekolahan bermula hari ini dan akan menyebabkan angka kes jangkitan Covid-19 di sekolah kembali meningkat.

Dr Zaini berkata, varian Omicron amat cepat merebak dan sangat membimbangkan jika menjangkiti kanak-kanak.

Beliau berkata, sebagai ibu bapa, mereka bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anak terutama di musim pandemik Covid-19.

Pada masa sama, jangkitan kes harian Covid-19 di Kelantan semalam adalah 518 kes dan 26 kluster masih aktif.

 

SUMBER : MY METRO

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut