PPM RAMPAS 1,300 KARTON ROKOK PUTIH SELUDUP DITINGGAL DALAM DUA KERETA

TUMPAT – Sebanyak 1,300 karton rokok putih seludup bernilai RM195,000 ditemukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di dalam dua buah kereta yang ditinggalkan di tapak Masjid Kampung Belukar, Pengkalan Kubor, awal pagi Jumaat.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, dalam penemuan jam 2.30 pagi itu, pihaknya berjaya mengesan dua kereta berkenaan yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

Selepas melakukan pemantauan selama dua jam, namun tiada sebarang aktiviti atau pergerakan individu berlaku dan anggota terbabit kemudian melakukan pemeriksaan terhadap dua kenderaan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati dua kereta tersebut berisi muatan kotak-kotak mengandungi 260,000 batang rokok putih yang belum diluluskan cukai kastam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut