POLIS KELANTAN PERKETAT KAWALAN SEMPADAN

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan memperketatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menjelang pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan bahawa kawalan itu melibatkan kerjasama dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelakkan aktiviti rentas sempadan secara haram menggunakan laluan tidak sah yang terdapat di sepanjang kawasan sempadan.

Hal ini kerana berkemungkinan besar prosedur operasi standard (SOP) untuk merentas negara yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat agak ketat dan akan ada cubaan merentas sempadan menggunakan pangkalan haram.

Sebagai ‘amaran’, orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan pangkalan-pangkalan haram untuk merentas sempadan.

Beliau berkata, hal ini kerana pihak berkuasa kedua-dua negara (Malaysia-Thailand) sentiasa berada di mana-mana kawasan dalam memastikan kawalan sempadan negara terus diperketatkan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah untuk merentas sempadan sebaliknya pantau situasi semasa Covid-19 sebelum membuat sebarang keputusan.

 

 

#sempadan

#kitajagakita

#cegahrentassempadan

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …