PPM RAMPAS ROKOK TIDAK BERCUKAI, MERCUN BERNILAI RM151,345

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGETOWN, 18 MAC 2022 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok tidak bercukai dan mercun bernilai RM151,345 menerusi serbuan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak, pada 16 Mac 2022.

Serbuan menerusi Op Kontraband dilakukan Unit Risikan Marin (URM) Pulau Pinang pada 6 petang itu membolehkan seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan terbabit.

Serbuan pihak polis terhadap dua buah rumah menemukan sebanyak 102,100 batang rokok tidak bercukai dan 180 mercun yang masing-masing bernilai RM145,479 dan RM5,866 dengan jumlah keseluruhan RM151,345.

Suspek mula aktif dengan kegiatan itu sejak enam bulan lalu dan dipercayai bertindak sebagai pengedar kepada kedai runcit di kawasan berhampiran. Suspek bersama barangan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut