JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (JHEAINPP) RANGKA SOP BAHARU SOLAT JEMAAH DI MASJID DAN SURAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO-POLITIK (Sensitiviti Agama)

GEORGETOWN, 18 MAC 2022 : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) sedang merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu berhubung solat jemaah di masjid dan surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, SOP itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk dipatuhi oleh semua pihak.

Menurutnya, SOP baharu itu akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan terkini berkaitan Covid-19, terutama langkah menangani COVID-19 selaras fasa endemik. Ianya sedang didrafkan oleh JHEAINPP bersama agensi-agensi berkaitan dan akan dikeluarkan (SOP) sedikit masa lagi.

Pada Khamis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengumumkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April 2022.

Kebenaran merapatkan saf itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April 2022, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Malaysia diumumkan akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula bulan April 2022.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …