PENGUATKUASAAN DAN RONDAAN PENCEGAHAN OLEH JAS CAWANGAN BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 16 Mac 2022, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah melaksanakan rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran alam sekitar di kawasan IKS Jalan Sungai Pinang . Tiga (3) premis yang telah diperiksa mendapati ketiga-tiga premis mematuhi Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah diteruskan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 2, Fasa 4 dan IKS Batu Maung, mendapati tiada pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka lewat petang hingga malam diteruskan di sekitar Jalan Pantai Jerejak, Sg. Nibong, Sg. Dua, Bukit Gambir, Jalan Masjid Negeri, Lorong Kulit, Jalan Perak, Jalan Jelutong, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru dan Bayan Lepas, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

PENUBUHAN PERBADANAN MAINS CAPAI MATLAMAT PERKASA EKONOMI UMAT ISLAM

Penubuhan Perbadanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan keputusan tepat dan selari dengan aspirasi memperkasa ekonomi umat Islam di …
Maklumat Lanjut

PERLUAS MODUL AULAD SEJAHTERA KEPADA SEMUA KAUM – TUANKU MUHRIZ

Pelaksanaan Modul Aulad Sejahtera kepada 5,000 murid di 25 tadika Islam terpilih di Negeri Sembilan bermula tahun ini perlu diperluaskan …
Maklumat Lanjut

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut