PELANCARAN “EMERGENCY PANIC BUTTON” PERINGKAT IPD MELAKA TENGAH

MELAKA TENGAH, 16 MAC 2022 – IPD Melaka Tengah dengan kerjasama Syarikat Code 7 Tech Sdn Bhd telah melancarkan satu sistem keselamatan komuniti iaitu “Emergency Panic Button” di sekitar Jonker Street, Melaka yang disempurnakan oleh YDH DCP Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Ketua Polis Melaka.
Dalam majlis tersebut, pihak polis telah memberi penerangan mengenai fungsi ‘Panic Button’ iaitu jika berlakunya kes jenayah, mangsa hanya perlu menekan Panic Button dan balai polis pelancong akan menerima isyarat bahawa terdapat mangsa yang memerlukan pertolongan.
Emergency Panic Button akan dipasang di tiga lokasi iaitu persimpangan Jalan Hang Kasturi/Hang Lekir, Taman Antarabangsa dan bersebelahan A.I Smart Hotel. Ketiga-tiga tiang tersebut dibawah kawasan Jonker Street. Antara elemen-elemen yang memberikan tindak balas ialah Skuad Rondaan Berbasikal dari Unit Polis Pelancong, Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dan Skuad Taming Sari (STS) dengan menggunakan Scrambler.
Turut hadir adalah YDH ACP Christopher Patit, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt. Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, YBhg. Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Persatuan Jonker Street, YBhg. Dato’ Patrick Ong, CEO Code 7 Tech Sdn Bhd dan YDH Tuan Sulaiman bin Haji Atan, Setiausaha Bandaraya MBMB. Hadir sama Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai Daerah Melaka Tengah dan pegawai-pegawai kanan.
Para pelancong dan masyarakat juga boleh menghubungi talian Hotline IPD Melaka Tengah 06-2841999 atau talian MERS 999 atau menggunakan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh di muat turun di aplikasi Google Play/ Apple Store untuk membuat sebarang aduan jenayah.
Sumber: Polis Melaka Tengah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …