EKSPORT KETUM KE THAILAND TIDAK DIBENARKAN

 DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Kententeraman Awam)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand seperti mana yang dicadangkan oleh mana-mana pihak.

Menurut Menteri Dalam Negeri, perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini, yang antara lain melarang sebarang aktiviti mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunakan ketum secara haram.

Telah dilaporkan Kerajaan Persekutuan menerima permohonan kebenaran bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand atas faktor permintaan yang tinggi bagi tujuan perubatan dan dijadikan pila tau minuman kesihatan.

Dalam perkembangan lain, menurut Menteri Dalam Negeri, KDN kini hanya menunggu untuk sempadan negara dibuka semula, kerana semua persediaan penuh daripada segi kawalan keselamatan telah dilakukan lebih awal.

Persediaan awal dilakukan semua agensi terlibat bermula 1 Mac lepas, walaupun sebelum itu tarikh pembukaan sempadan negara belum diumumkan.

KDN sudah bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara dari awal lagi malah isu aspek kawalan keselamatan di sempadan negara juga tidak sepatutnya timbul kerana kesemua agensi di bawah kementeriannya telah melakukan yang terbaik selama ini.

Pada 8 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumunkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini selaras negara memasuki fasa peralihan endemik.

Sumber:

Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut